Cool Red Outer Glow Pointer

Selasa, 17 November 2015

Pakaian Tradisi

PAKAIAN TRADISI KAMPUNG MEROTAI BESAR TAWAU





ASAL USUL MEROTAI

Asal usul perkataan "Merotai" bermula dari istilah yang dikeluarkan oleh suku kaum Tidung yang pergi mencari rotan di dalam hutan. Pencarian berakhir dengan terjumpanya mayat seorang lelaki dari suku Murut di pertembungan sungai. Pencari rotan mengeluarkan "Murut Matoi De Hutan" dalam erti kata "Murut Mati Di Hutan". Perkataan ini telah diubahsuai mengikut peredaran zaman dalam bahasa Melayu iaitu "Merotai". Maka terhasillah Merotai. "Merotai Besar" pula terhasil daripada pertembungan antara sungai besar dan sungai kecil yang mengalir ke arah Merotai Kecil. Kejadian ini dikatakan berlaku sekitar tahun 1930an.

Seiring dengan peredaran masa dan kearah pentadbiran yang sistematik serta teratur, Merotai Besar dibahagikan kepada kampung-kampung kecil iaitu Kampung Asli yang wujud sejak 1930an. Terdapat 9 buah kampungiaitu :-

 1. Kg. Tanah Merah
 2. Kg. Simpang Tiga 
 3. Kg. Pangkalan Asli
 4. Kg. Durian
 5. Kg. Langsat
 6. Kg. Kijang
 7. Kg. Jagung 
 8. Kg. Iban 
 9. Kg. Kuala Merotai dan bertambah kepada;
10. Kg. Sri Delima 
11. Kg. Lorong Teratai
12. Pekan Merotai Besar 

Merotai Besar juga telah didiami oleh pelbagai kaum. Antaranya :-

 1. Tidung
 2. Murut
 3. Bugis
 4. Bajau
 5. Iban dan banyak lagi kaum minoriti yang lain

Pakaian Tradisi

~ Pakaian tradisi merupakan aset sesuatu kaum mahupun negara itu sendiri. Ianya perlu di jaga dan dipelihara agar ia tidak pupus di telan zaman. 


Pakaian Tradisi Kaum di Merotai

~ Merotai Besar mempunyai pakaian tradisi yang sangat unik meguikut kaum . Hal ini telah menjadikan Merotai Besar kaya dengan budaya yang berkaitan tentang pakaian tradisi.

 1.Tidung

- Berkenaan warna pakaian tradisi etnik ini, mereka memilih apa saja warna yang disukai. Walau bagaimanapun warna kuning adalah warna khas kepada penghuni istana. Pada hari ini, pakaian seperti ini dipakai pada majlis perkahwinan, perayaan dan pesta rasmi.

Untuk lelaki tidung, mereka memakai teluk belanga iaitu sejenis baju yang sama potongannya dengan baju Melayu. Di bahagian kepala, mereka memakai sejenis tanjak dipanggil singal. Tali pinggang yang mereka pakai pula dikenali sebagai panding.Mereka juga mengenakan kain selempang yang dipanggil serebit. kain ini disangkutkan di bahu si pemakai. 

Bagi perempuan Tidung, mereka memakai sejenis baju yang dipanggil entor kesuma. Mereka juga mengenakan kain sarung yang di panggil gabol. Untuk hiasan kepala, mereka memakai makuta iaitu sejenis tiara. Mereka memakai anting-anting pada telinga.Turut dikenakan ialah gelang tawa. Selain itu, mereka juga memakai gelang kaki yang dipanggil geruncung.

 2. Murut

- Lelaki memakai pakaian yang dikenali dengan puputul yang diperbuat daripada kulit kayu. Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket. aba puputul adalah cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu. Tupi sinulat merupakan perhiasan kepala yang diprtbuat daripada kulit kayu.

Bagi perempuan, pakaian mereka terkenal dengan pakaian pinongkolo iaitu baju dan gaun yang panjang berwarna hitam yang dihiasi  dengan manik-manik.Antara contoh lain bagi pakaian wanita untuk kaum Murut ialah pipirot, sarupai, sinikot, rarangkol dan holong.



3. Bugis 

- Baju Bugis atau lebih dikenali dengan Baju Bodo. Baju Bodo adalah baju tradisional khasnya bagi kaum wanita. Baju Bodo berbentuk segi empat dan tidak berlengan. Kain yang digunakan untuk membuat baju bodo selalunya adalah dari jenis kain yang jarang. Baju Bodo juga dikenali sebagai salah satu busana tertua di dunia. Menurut adat Bugis, setiap warna baju bodo yang dipakai oleh perempuan Bugis menunjukkan usia ataupun martabat pemakainya.



 4. Bajau



- Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan kepala serempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar. Orang Bajau, adalah sebuah etnik pribumi dari Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf sebagai kumpulan etnik kedua di negara bahagian Sabah.

 5. Iban



-  Pakaian tradisi lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya di pinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan  kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada Bedong. Panjang Dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.



Pakaian tradisi wanita perempuan Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kalambi pula ada dua jenis iaitu Kalambi berlengan Kalambi tanpa lengan. Perempuan Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain Selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihias dengan reka corak tenunan yang sangat halus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 --> Gambaran Kampung-Kampung di Merotai Besar :-
Kampung Tanah Merah
Kampung Simpang Tiga

Kampung Pangkalan Asli
Kampung Durian
Kampung Langsat
Kampung Kijang
Kampung Jagung
Kampung Iban
Kampung Kuala Merotai
Kampung Sri Delima


Kampung Lorong Teratai
Pekan Merotai Besar


--> Peta merotai Besar :-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan